Peribahasa “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit” sinonim dengan amalan menabung yang sepatutnya dijadikan budayadari dahalu lagi. Amalan itu perlu bermula secara sedikit-sedikit dan sejak awal kerana seperti kata pepatah “ kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Antara cara-cara untuk menjimatkan wang ialah:
1. Berhenti merokok 2. Bawa bekalan ke tempat kerja
3. Cuci kereta sendiri
4. Beriadah di tempat yang bersesuaian
5. Bayar bil kredit kad pada masanya
6. Jimat air dan elektrik
7. Rancang pembelian
8. Jelaskan bil anda menggunakan internet
Wednesday, 2 March 2011
Wednesday, 23 February 2011
Mengenai wang
Apabila sebut sahaja perkataan "celik wang", masyarakat akan memikirkan tentang pengurusan wang dengan baik dan teratur. Masyarakat pada zaman sekarang sudah tidak memperdulikan soal wang. Bagi mereka, wang hanya daun yang bertaburan jatuh dari pokok ke tanah. Tidak kesemua rakyat Malaysia pada masa kini memahami apa itu celik wang. Bagi saya celik wang itu bermaksud mengajar kita cara mengurus wang dengan bijaksana supaya kita boleh berbelanja mengikut kemampuan dan seterusnya mencapai matlamat kewangan dengan mudah.
Subscribe to:
Posts (Atom)